Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi) Kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab. Justeru, mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan. Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW. Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi) Ke...