Langkau ke kandungan utama

SOLIDARITI, ANTARA KEWAJIPAN DAN PERIKEMANUSIAAN


Bermulanya pada tahun tersebut rakyat Palestin telah menerima ujian yang besar dan getir seperti kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal akibat tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin. Justeru itu, isu ini perlu dibangkitkan dan diperjuangkan oleh umat islam di seluruh dunia kerana perkara ini bukan berkaitan tentang isu kemanusiaan semata-mata, bahkan isu ini berkait dengan akidah dan maruah umat Islam.


Walaupun terdapat segelintir masyarakat dunia yang masih tidak mengambil tahu tentang isu ini,namun mereka perlu menyedari bahawa isu Palestin dan Israel adalah suatu perkara yang perlu difahami dengan teliti agar hak yang sebenar dapat ditegakkan dengan adil. Baru-baru ini, Israel telah melancarkan serangan berterusan terhadap rakyat Palestin dengan alasan Hamas memulakan dahulu serangan terhadap Israel. Dalam situasi tersebut dapat dilihat seolah-olah Israel berada di pihak yang benar dan Hamas berada di pihak yang salah.


Tindakan zalim Israel telah mendapat sokongan daripada beberapa sekutunya. Pada hakikatnya tindakan Hamas melancarkan serangan ke atas Israel adalah merupakan satu tindakan yang wajar kerana atas dasar kemanusiaan perasaan ingin membantu mendapatkan semula hak dan kepentingan rakyat Palestin yang dirampas. Situasi ini dapat dilihat sebagai ketidakadilan yang berlaku terhadap hamas sehingga terdapat sesetengah pihak menggelar Hamas sebagai ‘terrorist’.


Justeru, umat Islam dan negara-negara Islam perlu memperjuangkan dan menangani isu ini agar dapat membuka mata masyarakat dunia tentang perkara yang sebenar, seterusnya mengembalikan keamanan dan kesejahteraan di bumi Palestin. Dalam hal ini, terdapat dua perkara pokok yang perlu diberi perhatian oleh semua umat Islam di seluruh dunia.


Mempertahankan Masjid Al-Aqsa

Kepentingan Masjid al Aqsa kepada umat Islam bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan kerana Masjid al Aqsa adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam, selepas Kaabah di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Selain menjadi kiblat pertama umat Islam, masjid Al-Aqsa juga merupakan simbol kepercayaan umat Islam dan peringatan tentang hubungan antara masyarakat Islam dan Nabi Muhammad.

Bagaimanapun, keberadaan Masjid al Aqsa ini telah menjadi titik permulaan terhadap berlakunya konflik antara Palestin dan Israel selama bertahun-tahun. Konflik ini telah membawa kepada ketegangan dan keganasan di wilayah itu dan Masjid al Aqsa telah menjadi sasaran serangan oleh tentera Israel.

Dalam beberapa tahun yang lepas, terdapat percubaan oleh orang Israel untuk menyerbu kawasan masjid dan melakukan ritual agama Yahudi di sana. Kesannya telah membawa kepada pertempuran antara jemaah Islam dan pasukan keselamatan Israel.

Kepentingan melindungi Masjid al Aqsa bukan hanya soal kepentingan agama tetapi juga soal hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa. Secara dasarnya masjid adalah sebuah tapak yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa dan sebarang percubaan untuk merosakkan atau mencemarkannya dianggap sebagai pencabulan hak orang Islam untuk kebebasan beragama dan beribadat.

Kepentingan melindungi Masjid al Aqsa bukan hanya soal kepentingan agama tetapi juga soal hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa. Secara dasarnya masjid adalah sebuah tapak yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa dan sebarang percubaan untuk merosakkan atau mencemarkannya dianggap sebagai pencabulan hak orang Islam untuk kebebasan beragama dan beribadat.

Tambahan pula, perlindungan Masjid al Aqsa juga merupakan soal menjaga warisan budaya dan sejarah dunia Islam. Di samping itu, Masjid al Aqsa menyimpan sebahagian daripada sejarah dan kebudayaan Islam yang kaya dan sebarang kerosakan atau kemusnahan pada tapak tersebut akan menjadi kerugian bagi seluruh masyarakat Islam di seluruh dunia.


Mempertahankan hak kemanusiaan di Palestin

Dunia telah maklum bahawa pelbagai hak rakyat Palestin telah dirampas oleh Israel, salah satunya adalah dengan pembinaan berterusan penempatan di Tebing Barat dan usaha pihak Israel memusnahkan kediaman asal penduduk Palestin dengan pelbagai teknik kotor.

Penempatan Yahudi ini dianggap haram oleh negara-negara yang menyokong Palestin dan juga di bawah undang-undang antarabangsa kerana penempatan haram tersebut dibina di atas tanah yang dirampas daripada pemilik asal iaitu rakyat Palestin. Penempatan itu juga telah menyukarkan kehidupan rakyat Palestin.

Serangan yang tidak berperikemanusiaan oleh tentera Israel telah memusnahkan banyak infrastuktur dan mengakibatkan rakyat Palestin sukar untuk mendapatkan sumber air, bekalan eletrik, makanan perkhidmatan kesihatan.

Kemusnahan tempat tinggal akibat serangan bom mengakibatkan sebahagian penduduk Palestin tidak berumah dan hidup dalam keadaan kesejukan. Keperitan hidup rakyat Palestin ini, ditambah lagi dengan kehilangan hak dalam mendapatkan pendidikan yang lengkap khususnya bagi golongan kanak-kanak akibat kemusnahan sekolah dan institusi Pendidikan yang lain..

Hal ini disebabkan kebanyakan institusi pendidikan di Palestin telah dimusnahkan oleh tentera Israel. Di samping itu, isu kemanusiaan di Palestin bukan hanya mengenai politik dan konflik, tetapi juga mengenai hak kemanusiaan dalam aspek pendudukan dan penempatan.

Kemelut ini dapat dilihat amat menyedihkan kerana ramai rakyat Palestin terpaksa menjadi pelarian dan meminta bantuan perlindungan dari negara lain. Namun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Israel untuk menyekat bantuan kemanusiaan sampai ke bumi Palestin.

Tindakan kejam Israel ini telah mengheret rakyat Palestin ke kancah cabaran yang lebih besar. Mereka menghadapi kesukaran untuk mengakses keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan tempat tinggal yang amat diperlukan oleh mereka pada ketika ini.

Sekatan pergerakan yang dikenakan juga telah menyukarkan rakyat Palestin untuk melawat keluarga dan rakan mereka. Kesannya perkara ini telah menjadikan rakyat Palestin berasa terasing dan terputus hubungan.

Situasi ini juga memberi impak negatif terhadap tahap kesihatan mental dan kesejahteraan rakyat Palestin, serta menjejaskan gaya hidup rakyat Palestin.

Walaupun dilihat rakyat Palestin mempunyai semangat dan jihad yang tinggi dalam mempertahankan tanah airnya, akan tetapi sebagai manusia biasa mereka juga berhak untuk mendapatkan hak yang sama dan adil seperti manusia yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHASA ASING DIAGUNG-AGUNGKAN, BAHASA MELAYU DITINGGAL-TINGGALKAN ?

  Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memelihara bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini. Tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun, pertuturan dalam bahasa ini perlu dijaga. Namun, menyedihkan apabila bahasa kebangsaan semakin disisihkan. Dirosakkan gara-gara penggunaan bahasa rojak, pasar mahupun bahasa asing yang semakin berleluasa sekarang ini. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja drama tempatan kita. Penggunaan bahasa Melayu yang sebenar-benarnya itu semakin diabaikan. Malah dalam program hiburan sendiri, artis dilihat lebih memilih bertutur dalam bahasa Inggeris. Memang tidak pandai berbahasa Melayukah? Persoalannya, adakah itu sudah menjadi satu budaya? Atau kita masih berpeluang memperbetulkan situasi. Mari, kita ikuti pandangan selebriti tempatan berkenaan isu ini. Wajibkan bahasa Melayu, jangan rosakkan– Zed Zaidi Bagi pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi, dia amat memandang serius berhubung pengguna...

BENARKAH RASULULLAH S.A.W PERNAH MEMILIKI KUCING BERNAMA MUEZZA?

Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : ‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955) Demikian juga menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya. Beberapa perbuatan zal...

PENULIS LAGU MINAH TUDUNG KEHABISAN KOSA KATA DALAM MENEGUR KAUM MUSLIMAH

  LAGU : MINAH TUDUNG  PENYANYI : HAFIZ AS'ARI Hafiz As’ari – Minah Tudung Minah minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak [bodoh] Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat ketat [bodoh] Ada pula pakai tudung tapi pakai t-shirt pula [bodoh] Mana ke tidak masyarakat kita di pandang rendah [bodoh] Keluar dengan mak pakai tudung Pakai sopan aurat tertutup Tapi bila keluar dengan kawan aurat tertedah Bagi lelaki tengok percuma Aku sendiri tengok pon heran Mana tak heran Agama kuat tapi baju ketat Buka tudung rambut perang Perang perang Konon tu nak tunjuk belang Tindik sini tindik sana Bukan di telinga sahaja Lidah pon ada Muke decent tetapi perangai nonsense Ikut sesuke hati dia Tapi tak ikut segi agama Dengan ibubapa pakai baju lengan panjang seluar panjang tapi di belakang Lain cerite macam monster Cabut kening ada tatu di badan dia Pakai makeup pakai lipstick punni tebal Macam momok macam momok Masya ala masya ala Tak boleh angkat tak boleh angkat Tengok dia tengok dia Goyang p...