Langkau ke kandungan utama

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH : PENAKLUK KOTA KONSTANTINOPEL

 


Kisah mengenai Al-Fateh saban tahun diperkatakan dan langsung tidak membosankan sekalipun diulang tayang berkali-kali. Sekalipun begitu, adakah kita sudah mengenali sosok tubuh ini secara dekat?

Apakah keunikan yang ada padanya sehingga beliau sering menjadi buah mulut masyarakat dahulu hingga kini. Bahkan, para isteri mahupun suami turut ‘memahatkan’ namanya untuk zuriat mereka, agar anak mereka itu kelak boleh mencontohi keperibadian sultan berhati mulia ini. Mari jengah sebentar dan kenali ulama silam ini;


Latar Belakang Sultan Muhammad Al-Fateh

Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid atau Sultan Muhammad II adalah nama sebenar bagi Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Edirne, Turki dan merupakan putera Sultan Murad II dengan Huma Hatun.


Gelaran Al-Fateh

Sultan Muhammad II mendapat gelaran ‘Al-Fateh’ (pembukaan), setelah berjaya membuka kota Konstantinople seawal usia 21 tahun (ada pendapat lain mengatakan 19 tahun), sehingga berjaya menghancurkan empayar Rom Byzantine. Bahkan, ketika usianya masih kecil lagi bapanya, Sultan Murad memanggil puteranya itu dengan gelaran ‘Al-Fateh’.


Menguasai 6 Bahasa

Sultan Muhammad Al-Fateh juga berkebolehan menguasai enam bahasa asing iaitu bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin. Ini memberinya peluang untuk dirinya berkomunikasi dengan masyarakat di persekitaran dan sangat disenangi oleh rakyat serta negara-negara lain yang berhubungan dengan Uthmaniyyah ketika itu.


Didedahkan dengan Pelbagai Ilmu Sewaktu Kecil

Sewaktu kecil, ibunya sering mendekatkan diri Al-Fateh dengan bacaan buku-buku ilmiah mengenai tokoh-tokoh pahlawan Islam agar anaknya itu mencontohi keperibadian ulama terdahulu. Beliau juga didedahkan kepada ilmu geografi dan wilayah Konstantinople setiap kali selepas solat Subuh, walhal ketika itu Al-Fateh masih lagi kanak-kanak. Selain itu, beliau juga turut diajarkan ilmu memanah dan peperangan oleh ayahnya.


Didikan Guru yang Hebat

Bapa Sultan Muhammad Al-Fateh telah melantik Syeikh Aq Syamsuddin; seorang ulama hebat daripada keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA, juga penasihat kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu untuk menjadi guru kepada Al-Fateh.


Kuat Beribadah

Hal ini dapat dilihat tatkala beliau ingin memilih tenteranya. Sultan Muhammad Al-Fateh hanya memilih mereka yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak usia baligh. Namun, tiada seorang pun yang tinggal kecuali hanya beliau seorang.


Sultan yang Terbaik

“Konstantinople itu akan ditawan oleh tentera Islam. Raja (yang menakluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Salah satu faktor kemenangan tentera Islam di bawah kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh ketika itu adalah kerana rencananya yang penuh berstrategi. Sudah pasti, ia sudah lama dikaji sebelum apa jua keputusan dilaksanakan. Pemikiran yang kritis dan melangkaui sempadan itulah dimiliki oleh sebaik-baik Raja ini.

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat membangkitkan lagi semangat kepada anak muda kini yang bercita-cita untuk mengikuti jejak langkahnya. Ternyata, sumbangan dan jasa yang diberikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh kepada dunia Islam terlalu mahal nilainya.

Oleh itu, wajarlah bagi kita umat terkemudian ini untuk bersama-sama teladani kisah mereka terdahulu yang sanggup mengorbankan harta mahupun jiwa demi Islam tercinta. Usah tunding jari kepada orang lain, tanyakan pada diri masing-masing, adakah aku telah menyumbangkan sesuatu untuk Islam?

Wallahua’lam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHASA ASING DIAGUNG-AGUNGKAN, BAHASA MELAYU DITINGGAL-TINGGALKAN ?

  Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memelihara bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini. Tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun, pertuturan dalam bahasa ini perlu dijaga. Namun, menyedihkan apabila bahasa kebangsaan semakin disisihkan. Dirosakkan gara-gara penggunaan bahasa rojak, pasar mahupun bahasa asing yang semakin berleluasa sekarang ini. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja drama tempatan kita. Penggunaan bahasa Melayu yang sebenar-benarnya itu semakin diabaikan. Malah dalam program hiburan sendiri, artis dilihat lebih memilih bertutur dalam bahasa Inggeris. Memang tidak pandai berbahasa Melayukah? Persoalannya, adakah itu sudah menjadi satu budaya? Atau kita masih berpeluang memperbetulkan situasi. Mari, kita ikuti pandangan selebriti tempatan berkenaan isu ini. Wajibkan bahasa Melayu, jangan rosakkan– Zed Zaidi Bagi pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi, dia amat memandang serius berhubung pengguna...

BENARKAH RASULULLAH S.A.W PERNAH MEMILIKI KUCING BERNAMA MUEZZA?

Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : ‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955) Demikian juga menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya. Beberapa perbuatan zal...

FILEM DAULAT TIADA KAITAN DENGAN POLITIK SEMASA

Industri perfileman tempatan jarang sekali mengetengahkan filem-filem bertemakan politik, lebih-lebih lagi yang memiliki unsur-unsur ‘thriller’. Seingat saya, hanya beberapa filem pernah dihasilkan, dan kebanyakkannya lebih menjurus kepada dokumentari dan sejarah. Saya tidak pasti kenapa tema seperti ini kurang mendapat tempat dihati pembikin filem tempatan. Mungkin kerana halangan dari badan kerajaan ataupun penerimaan masyarakat menjadi faktor kenapa tema politikal amat jarang sekali dihasilkan. Bagi memberi kelainan dalam industri perfileman tempatan, syarikat produksi Lacuna Pictures dan pengarah serta penulis Imran Sheik tampil memberikan satu karya yang cukup berani, iaitu Daulat dimana ia menjadi filem pertama tempatan yang mengabungkan politik dan thriller. Filem lakonan Vanida Imran, Rashidi Ishak dan Tony Eusoff ini membawa penonton meneroka sisi gelap dunia politik dimana parti politik MUNA sanggup melakukan apa sahaja bagi merampas tampuk pemerintahan kerajaan selepas tewas...