Langkau ke kandungan utama

FALSAFAH TERSIRAT PADA BAJU MELAYU



 

Tidak kira apa perkara sekalipun di dalam dunia ini, ia semsestinya dimulakan dengan langkah pertama. Ia termasuklah dengan baju tradisional orang Melayu yang sangat sinonim dengan perayaan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Malah ia juga dikenakan bagi majlis-majlis rasmi dan keagamaan, membuatkan baju Melayu sangat rapat serta tidak dapat dipisahkan daripada budaya Melayu. Namun, adakah kita ini hanya generasi yabg hanya tahu menyarungkan warisan tradisi ini tanpa cuba menyingkap dan memahami asal-usul warisan berharga ini?


Jika kita singkap kembali sejarah, baju Melayu bermula sekitar 700 tahun lalu. Ia dipercayai diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah yang kaya dengan falsafah dalam berbusana, di zaman empayar Melaka. Pada ketika itu, Sultan mengkehendaki orang Melayu mempunyai penampilan khusus bagi melambangkan sebagai satu bangsa yang mempunyai jati diri dan tidak seperti berbaju atas angin seperti dipakai oleh pedagang India atau Arab pada zaman itu.


5 butang keseluruhan pada baju Melayu cekak musang merujuk kepada 5 rukun Islam dan 2 butang di atas iaitu pada kolar baju yang sedikit terasing daripada 3 butang di bawah yang lain bererti mengucap dua kalimah syahadah dan solat lima waktu. Jika hanya 3 butang yang dipakai iaitu 3 butang di bawah, maka falsafah di sebalik menegakkan rukun Islam melalui pemakaian baju Melayu adalah tidak tercapai.


Berbutang lima merujuk kepada lima rukun Islam dengan dua butang di atas bermaksud, mengucap dua kalimah syahadah dan solat lima waktu, selebihnya diwakili tiga butang di bawah. Bahkan, terdapat puisi yang menjelaskan kepentingan memakai 5 butang baju cekak musang yang berbunyi:

"Cekak musang berbutang lima. lima rukun di dalamnya, lima petua di bawahnya lima bintang tiang ditegakkan".

"Teluk belanga berbutang tunggal, tunggal satu Tuhan yang disembah, tunggal tidak dapat dianjak alih, tunggal tidak dapat dibelah".


Terdapat 3 poket pada baju Melayu yang merujuk kepada iman, ihsan, dan Islam. Satu poket terletak di atas dan dua poket terletak di bawah.

 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHASA ASING DIAGUNG-AGUNGKAN, BAHASA MELAYU DITINGGAL-TINGGALKAN ?

  Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memelihara bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini. Tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun, pertuturan dalam bahasa ini perlu dijaga. Namun, menyedihkan apabila bahasa kebangsaan semakin disisihkan. Dirosakkan gara-gara penggunaan bahasa rojak, pasar mahupun bahasa asing yang semakin berleluasa sekarang ini. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja drama tempatan kita. Penggunaan bahasa Melayu yang sebenar-benarnya itu semakin diabaikan. Malah dalam program hiburan sendiri, artis dilihat lebih memilih bertutur dalam bahasa Inggeris. Memang tidak pandai berbahasa Melayukah? Persoalannya, adakah itu sudah menjadi satu budaya? Atau kita masih berpeluang memperbetulkan situasi. Mari, kita ikuti pandangan selebriti tempatan berkenaan isu ini. Wajibkan bahasa Melayu, jangan rosakkan– Zed Zaidi Bagi pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi, dia amat memandang serius berhubung pengguna...

BENARKAH RASULULLAH S.A.W PERNAH MEMILIKI KUCING BERNAMA MUEZZA?

Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : ‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955) Demikian juga menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya. Beberapa perbuatan zal...

FILEM DAULAT TIADA KAITAN DENGAN POLITIK SEMASA

Industri perfileman tempatan jarang sekali mengetengahkan filem-filem bertemakan politik, lebih-lebih lagi yang memiliki unsur-unsur ‘thriller’. Seingat saya, hanya beberapa filem pernah dihasilkan, dan kebanyakkannya lebih menjurus kepada dokumentari dan sejarah. Saya tidak pasti kenapa tema seperti ini kurang mendapat tempat dihati pembikin filem tempatan. Mungkin kerana halangan dari badan kerajaan ataupun penerimaan masyarakat menjadi faktor kenapa tema politikal amat jarang sekali dihasilkan. Bagi memberi kelainan dalam industri perfileman tempatan, syarikat produksi Lacuna Pictures dan pengarah serta penulis Imran Sheik tampil memberikan satu karya yang cukup berani, iaitu Daulat dimana ia menjadi filem pertama tempatan yang mengabungkan politik dan thriller. Filem lakonan Vanida Imran, Rashidi Ishak dan Tony Eusoff ini membawa penonton meneroka sisi gelap dunia politik dimana parti politik MUNA sanggup melakukan apa sahaja bagi merampas tampuk pemerintahan kerajaan selepas tewas...