Langkau ke kandungan utama

PEMIKIRAN GLOBAL SASTERAWAN NEGARA, DATO DR. HAJI SHAHNON AHMAD


 

Shahnon Ahmad merupakan sasterawan negara yang banyak mengetengahkan unsur-unsur realisme dalam karyanya. Keadaan hidup bermasyarakat apalagi yang berbilang kaum, berbeza adat dan kepelbagaian budaya seperti di Malaysia mendorong kepada suatu perjalanan sejarah yang panjang. Segala keperitan diterima, dilalui kemudian digunakan pula sebagai sumber idea dengan menghidangkannya kepada khalayak agar dijadikan iktibar.


Shahnon Ahmad menggunakan sastera sebagai wahana untuk menjadi perantara dan medium bagi mencitrakan hal-hal yang berkaitrapat dengan masyarakat. Beliau telah membawa satu pemikiran penting iaitu sastera sebagai seismograf kehidupan. Shahnon Ahmad (1991:3) menjelaskan seni sastera merupakan satu ‘seismograf’ bermaksud sejenis mesin yang mencatatkan perihal ‘gerak gempa’; satu bencana alam yang menakutkan, bezanya sastera memerihalkan tentang manusia, masyarakat malah lebih lagi dengan cuba menggambar, meniru dan yang paling utama menganalisis masyarakat itu sendiri. Mengukur segala gerak gempa bumi adalah dengan alat seismograf manakala sastera pula mencatatkan kesengsaraan, halangan dan rintangan sebagai ‘gerak gempa’ dalam kehidupan manusia.


Dengan pegangan jitu ini, Shahnon Ahmad menulis karya yang membawa isu-isu kemiskinan seperti dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Pencitraan kehidupan manusia di Kampung Banggol Derdap dan derita dihadapi petani yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kemudian, ditambah pula dengan keluarga yang ramai tak tertanggung dengan derita si Bapa Lahuma yang sakit dan mati, si Ibu Jeha pula menjadi gila dan anak-anak perempuan semua masih muda.


Hal-hal inilah yang menjadikan sebuah karya sastera itu dekat dengan masyarakatnya dengan memaparkan keadaan yang jujur dan benar tanpa dilapisi apapun. Begitu juga dalam novel Rentong, Shahnon mengetengahkan watak orang kampung yang memerlukan pembangunan melalui gambaran watak Dogol, Pak Senik dan Semaun. Orang kampung berkerja keras dengan memperolehi hasil yang sedikit, hidup derita dan bersederhana apa adanya menjadikan pembaca karya-karya Shahnon Ahmad akan tersentuh dengan emosi yang beliau nukilkan. Menurut Sahlan (2005:125), kejayaan sesebuah karya sastera dapat dinilai daripada keupayaannya menjadi perantara sosial yang memungkinkan pemahaman dan penilaian semula nilai-nilai hidup. Jelas di sini, Shahnon Ahmad menggunakan sastera untuk mencatat dan mencorak tentang manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHASA ASING DIAGUNG-AGUNGKAN, BAHASA MELAYU DITINGGAL-TINGGALKAN ?

  Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memelihara bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini. Tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun, pertuturan dalam bahasa ini perlu dijaga. Namun, menyedihkan apabila bahasa kebangsaan semakin disisihkan. Dirosakkan gara-gara penggunaan bahasa rojak, pasar mahupun bahasa asing yang semakin berleluasa sekarang ini. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja drama tempatan kita. Penggunaan bahasa Melayu yang sebenar-benarnya itu semakin diabaikan. Malah dalam program hiburan sendiri, artis dilihat lebih memilih bertutur dalam bahasa Inggeris. Memang tidak pandai berbahasa Melayukah? Persoalannya, adakah itu sudah menjadi satu budaya? Atau kita masih berpeluang memperbetulkan situasi. Mari, kita ikuti pandangan selebriti tempatan berkenaan isu ini. Wajibkan bahasa Melayu, jangan rosakkan– Zed Zaidi Bagi pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi, dia amat memandang serius berhubung pengguna...

BENARKAH RASULULLAH S.A.W PERNAH MEMILIKI KUCING BERNAMA MUEZZA?

Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : ‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955) Demikian juga menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya. Beberapa perbuatan zal...

FILEM DAULAT TIADA KAITAN DENGAN POLITIK SEMASA

Industri perfileman tempatan jarang sekali mengetengahkan filem-filem bertemakan politik, lebih-lebih lagi yang memiliki unsur-unsur ‘thriller’. Seingat saya, hanya beberapa filem pernah dihasilkan, dan kebanyakkannya lebih menjurus kepada dokumentari dan sejarah. Saya tidak pasti kenapa tema seperti ini kurang mendapat tempat dihati pembikin filem tempatan. Mungkin kerana halangan dari badan kerajaan ataupun penerimaan masyarakat menjadi faktor kenapa tema politikal amat jarang sekali dihasilkan. Bagi memberi kelainan dalam industri perfileman tempatan, syarikat produksi Lacuna Pictures dan pengarah serta penulis Imran Sheik tampil memberikan satu karya yang cukup berani, iaitu Daulat dimana ia menjadi filem pertama tempatan yang mengabungkan politik dan thriller. Filem lakonan Vanida Imran, Rashidi Ishak dan Tony Eusoff ini membawa penonton meneroka sisi gelap dunia politik dimana parti politik MUNA sanggup melakukan apa sahaja bagi merampas tampuk pemerintahan kerajaan selepas tewas...