Langkau ke kandungan utama

PENULIS LAGU MINAH TUDUNG KEHABISAN KOSA KATA DALAM MENEGUR KAUM MUSLIMAH

 


LAGU : MINAH TUDUNG 

PENYANYI : HAFIZ AS'ARI

Hafiz As’ari – Minah Tudung

Minah minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak [bodoh]

Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat ketat [bodoh]

Ada pula pakai tudung tapi pakai t-shirt pula [bodoh]

Mana ke tidak masyarakat kita di pandang rendah [bodoh]

Keluar dengan mak pakai tudung

Pakai sopan aurat tertutup

Tapi bila keluar dengan kawan aurat tertedah

Bagi lelaki tengok percuma

Aku sendiri tengok pon heran

Mana tak heran

Agama kuat tapi baju ketat

Buka tudung rambut perang

Perang perang

Konon tu nak tunjuk belang

Tindik sini tindik sana

Bukan di telinga sahaja

Lidah pon ada

Muke decent tetapi perangai nonsense

Ikut sesuke hati dia

Tapi tak ikut segi agama

Dengan ibubapa pakai baju lengan panjang seluar panjang tapi di belakang

Lain cerite macam monster

Cabut kening ada tatu di badan dia

Pakai makeup pakai lipstick punni tebal

Macam momok macam momok

Masya ala masya ala

Tak boleh angkat tak boleh angkat

Tengok dia tengok dia

Goyang pantat goyang pantat

Masuk club pakai tudung

Pergi tandas buka tudung

Ooh

Kemana pergi budaya

Kemana pergi agama

Mana pergi melayu kita

Dengar sini semua

Jangan ikut trend masa kita

Kita rosak kita hancur

Siapa nak jawabkan bila kita di kubur

Mak nak jawabkan [sorry sikit]

Bapa jawabkan [sorry sikit]

Atuk jawabkan [sorry sikit]

Berani buat berani tanggung sendiri

Pikir baik baik

Pikir masak masak

Jangan kita menyesal di hari kelak

Pikir baik baik

Pikir masak masak

Jangan kita menyesal di hari kelak


Sabda Rasulullah s.a.w

"Akan datang umatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalamkeadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan Sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan.” (sahih Bukhari)

Mesej utama yang hendak disampaikan dalam lagu ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kaum muslimah. Iaitu berkaitan tentang pemakaian tudung atau hijab yang semakin bercanggah dengan hukum Islam. Boleh dikatakan penggayaan tudung atau hijab ini seperti wanita beragama kristian yang memakai veil. Pemakaian tudung atau hijab perlulah mengikut syariah Islam iaitu memakai tudung yang menutupi rambut dan dada dengan sempurna. Namun wanita pada zaman sekarang tudung atau hijab seolah-olah ia hanyalah fesyen yang diikuti.

Berkait dengan lagu Minah Tudung ini, penggunaan kosa kata untuk menegur kaum muslimah tentang isu tudung atau hijab adalah tidak sopan dan bermoral. Hal ini dikatakan demikian kerana, lirik yang terdapat dalam lagu ini sangat kasar bahkan untuk didengari lagu ini. Apa salahnya menegur dengan menggunakan kosa kata yang lembut bagi lirik lagu Minah Tudung ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHASA ASING DIAGUNG-AGUNGKAN, BAHASA MELAYU DITINGGAL-TINGGALKAN ?

  Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memelihara bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini. Tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun, pertuturan dalam bahasa ini perlu dijaga. Namun, menyedihkan apabila bahasa kebangsaan semakin disisihkan. Dirosakkan gara-gara penggunaan bahasa rojak, pasar mahupun bahasa asing yang semakin berleluasa sekarang ini. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja drama tempatan kita. Penggunaan bahasa Melayu yang sebenar-benarnya itu semakin diabaikan. Malah dalam program hiburan sendiri, artis dilihat lebih memilih bertutur dalam bahasa Inggeris. Memang tidak pandai berbahasa Melayukah? Persoalannya, adakah itu sudah menjadi satu budaya? Atau kita masih berpeluang memperbetulkan situasi. Mari, kita ikuti pandangan selebriti tempatan berkenaan isu ini. Wajibkan bahasa Melayu, jangan rosakkan– Zed Zaidi Bagi pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi, dia amat memandang serius berhubung pengguna...

BENARKAH RASULULLAH S.A.W PERNAH MEMILIKI KUCING BERNAMA MUEZZA?

Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : ‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955) Demikian juga menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya. Beberapa perbuatan zal...