Langkau ke kandungan utama

BAHASA ASING DIAGUNG-AGUNGKAN, BAHASA MELAYU DITINGGAL-TINGGALKAN ?

 


Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memelihara bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini. Tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun, pertuturan dalam bahasa ini perlu dijaga.


Namun, menyedihkan apabila bahasa kebangsaan semakin disisihkan. Dirosakkan gara-gara penggunaan bahasa rojak, pasar mahupun bahasa asing yang semakin berleluasa sekarang ini. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja drama tempatan kita.


Penggunaan bahasa Melayu yang sebenar-benarnya itu semakin diabaikan. Malah dalam program hiburan sendiri, artis dilihat lebih memilih bertutur dalam bahasa Inggeris. Memang tidak pandai berbahasa Melayukah? Persoalannya, adakah itu sudah menjadi satu budaya? Atau kita masih berpeluang memperbetulkan situasi. Mari, kita ikuti pandangan selebriti tempatan berkenaan isu ini.




Wajibkan bahasa Melayu, jangan rosakkan– Zed Zaidi

Bagi pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi, dia amat memandang serius berhubung penggunaan bahasa ibunda yang kini dilihat semakin terhakis. Menurut pelakon drama Sembilu Kasih ini, dia tidak menafikan penggunaan bahasa Inggeris juga penting, namun bahasa Malaysia haruslah diberikan keutamaan dalam pertuturan dan tidak dirojakkan.


“Kita balik semula kepada jati diri sebagai rakyat Malaysia kerana sudah mula terhakis. Apabila bercerita mengenai Malaysia, kita ada pelbagai kaum. Jadi bila bercakap mengenai perkara tersebut, memang semua hendak mempertahankan bahasa masing-masing.


“Tidak dinafikan bahasa Inggeris juga penting, tetapi kini kita perlu lebih bangga dengan bahasa kebangsaan. Sebelum ini ada seorang menteri yang mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda.


“Beliau juga menekankan tiada bahasa rojak dalam pertuturan. Oleh itu, bahasa Melayu adalah penting dan tidak boleh dirojakkan. Jika tidak, negara kita sendiri akan mengalami kekeliruan bahasa dan identiti,” tuturnya lagi.


Mengulas lanjut, Zed turut mempersoalkan segelintir artis yang memilih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.


“Kenapa di Malaysia sendiri, kita nak banggakan bahasa luar. Tetapi kenapa tidak meletakkan bahasa Melayu sebagai nombor satu.


“Wajibkan juga setiap program perlu menggunakan bahasa Melayu.


“Kita lah yang perlu memulakan dahulu untuk memperbetul semula. Jika kita sendiri tidak mempertahankan jati diri, sampai bila-bila orang luar tidak akan tahu identiti Malaysia,” ujarnya.


Dalam pada itu, dia turut menegaskan pemain industri kreatif seharusnya memainkan peranan untuk menjulang semula penggunaan bahasa Melayu berbanding bahasa luar.


“Terutama program televisyen dan radio perlu menekankan penggunaan bahasa kebangsaan. Jika mereka tidak mulakan, siapa lagi?” katanya



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENARKAH RASULULLAH S.A.W PERNAH MEMILIKI KUCING BERNAMA MUEZZA?

Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : ‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955) Demikian juga menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya. Beberapa perbuatan zal...

FILEM DAULAT TIADA KAITAN DENGAN POLITIK SEMASA

Industri perfileman tempatan jarang sekali mengetengahkan filem-filem bertemakan politik, lebih-lebih lagi yang memiliki unsur-unsur ‘thriller’. Seingat saya, hanya beberapa filem pernah dihasilkan, dan kebanyakkannya lebih menjurus kepada dokumentari dan sejarah. Saya tidak pasti kenapa tema seperti ini kurang mendapat tempat dihati pembikin filem tempatan. Mungkin kerana halangan dari badan kerajaan ataupun penerimaan masyarakat menjadi faktor kenapa tema politikal amat jarang sekali dihasilkan. Bagi memberi kelainan dalam industri perfileman tempatan, syarikat produksi Lacuna Pictures dan pengarah serta penulis Imran Sheik tampil memberikan satu karya yang cukup berani, iaitu Daulat dimana ia menjadi filem pertama tempatan yang mengabungkan politik dan thriller. Filem lakonan Vanida Imran, Rashidi Ishak dan Tony Eusoff ini membawa penonton meneroka sisi gelap dunia politik dimana parti politik MUNA sanggup melakukan apa sahaja bagi merampas tampuk pemerintahan kerajaan selepas tewas...