Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi) Kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab. Justeru, mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan. Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW. Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi) Ke...
Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955) Demikian juga menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya. Beberapa perbuatan zal...